

LATAR BELAKANG
Alhamdulillah, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi telah berbakti selama bertahun-tahun untuk penduduk Taman Desa Surada. Tetapi keadaan surau ini sudah semakin uzur dan sempit untuk menampung lebih ramai jemaah.
Pertambahan ini menyebabkan ruang solat dan aktiviti jadi terhad untuk menampung keperluan penduduk setempat di sini. Pihak AJK Surau AlMujahidin telah pun membina bangunan tambahan pada tahun 2008 tetapi masih tidak dapat menampung jemaah pada masa kini
Pihak Surau al-Mujahidin telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan AJK Khas Pembinaan yang ditugaskan untuk merancang dan berurusan dengan pihak berwajib untuk pembinaan ruang solat yang lebih besar, sekolah KAFA, dewan ceramah, bilik2 kelas pengajian dan lain-lain kemudahan.
Rancangan untuk menaiktaraf Surau Al-Mujahidin telah mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 10 Disember 2018, (Ruj:JAI.SEL.BPM/01/034/162(22)) & Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 19 Jun 2020, (Ruj:Bil(8)dlm.PWS/BK/001/09-307) sekaligus akan merealisasikan impian Ahli Jawatankuasa Surau dan para jemaah untuk beribadah dalam ruang yang lebih selesa dan luas.
AHLI JAWATAN KUASA
KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM SURAU AL MUJAHIDIN (KPISAM)

TUAN HJ AHMAD BIN MAN (Pengerusi)

TUAN HJ WAN AMAN ABU KASSIM
(Timbalan Pengerusi Merangkap Ketua Dana)

TUAN HJ EDELFITRI MUHAMMAD (Setiausaha)

YM RAJA RAIMI RAJA LAZEMAN (Bendahari)
DANA PEMBANGUNAN
Syukur kehadrat Allah swt kerana telah telah dipermudahkan proses kelulusan untuk menaiktaraf Surau Al-Mujahidin oleh pihak JAIS & PWS
Jemaah Surau Al-Mujahidin juga sangat bermurah hati menginfaq untuk pembinaan surau ini. Namun, dana yang diperlukan masih tidak mencukupi kerana latar belakang penduduk sekitar Taman Desa Surada bukanlah semuanya daripada golongan orang berada.
Pembinaan kompleks surau ini memerlukan sebanyak kira-kira RM7 juta untuk pembelian tanah & RM12 juta untuk kerja-kerja pembinaan.
Allahu, suatu perbelanjaan besar bagi penduduk di Taman Desa Surada ini. Tidak terdaya untuk mendapatkan dana itu dalam masa singkat walaupun semua jemaah menginfaq.
FASILITI DI SURAU AL-MUJAHIDIN
- Ruang Solat (menempatkan 2000 orang dalam satu satu masa)
- Dewan Komuniti
- Bilik Kelas KAFA
- Bilik Kelas Tahfiz
- Bilik Pengajian Dewasa
- Bilik Kuliah
- Bilik Tidur Musafir
- Bilik Mandi Jenazah
- Pejabat Surau
- Pejabat Komuniti
- Bilik Wuduk
- Dapur dan Ruang Makan Terbuka
- Kedai
- Tandas
- Bilik setor
- Lift
PELAN TAPAK SURAU AL-MUJAHIDIN



Wang ringgit yang disedekahkan pada hari ini bukan untuk membina masjid/surau semata.
Infaq ini akan berbalik kepada anda dalam bentuk ganjaran pahala kelak.
Selagi masjid ini digunakan untuk kebaikan, ganjaran pahala akan mengalir dalam saham akhirat anda.
Anda boleh salurkan INFAQ ke
Tabung Surau al-Mujahidin Pembangunan:

Related products
“Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim)
Marilah sama-sama berganding bahu membangunkan Surau Al-Mujahidin Taman Desa Surada untuk mengejar ketenangan di dunia dan mencari saham di akhirat.

Surau AlMujahidin, Taman Desa Surada, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Atau untuk maklumat lanjut, boleh hubungi
Hj Ahmad: 019-2400499
Hj Wan Aman: 019-3514752
Hj Edelfitri: 012-2916071
Emel: komplekssuraualmujahidin@gmail.com
SURAU AL-MUJAHIDIN
Surau Al-Mujahidin telah berbakti selama bertahun-tahun untuk penduduk Taman Desa Surada.
Pihak AJK Surau Al-Mujahidin telah pun membina bangunan tambahan pada tahun 2008 tetapi masih tidak dapat menampung jemaah yang semakin ramai pada masa kini.
Projek untuk menaiktaraf Surau Al-Mujahidin dengan ruang solat yang lebih besar, sekolah KAFA, dewan ceramah, bilik2 kelas pengajian dan lain2 kemudahan sekaligus akan merealisasikan impian Ahli Jawatankuasa Surau dan para jemaah untuk beribadah dalam ruang yang lebih selesa dan luas.