Blog Artikel KPISAM: Golonan yang tidak perlu Qada puasa selepas membayar Fidyah

Golongan yang hanya perlu bayar Fidyah sahaja tetapi tak perlu Qada.

Bismillahirrahmanirrahim,

Dalam agama Islam, terdapat kewajiban untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Namun, ada beberapa golongan yang diberikan keringanan iaitu dibolehkan untuk membayar fidyah sebagai ganti dari tidak menjalankan puasa, tanpa perlu melakukan qada puasa selepasnya. Golongan yang dimaksudkan adalah orang yang dalam keadaan sakit yang tidak mungkin sembuh atau orang yang sudah tua dan tidak mampu menjalankan ibadah puasa (uzur). Hal ini ada terapat  dalam ayat-ayat Al-Quran dan juga telah dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah huraian yang diberikan oleh Pejabat Mufti.

HURAIAN JAWAPAN OLEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Golongan yang meninggalkan puasa yang hanya perlu untuk membayar fidyah sahaja tanpa perlu qada’ puasa tersebut ialah golongan yang tidak mampu untuk berpuasa secara berterusan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ

Anda mahukan pahala yang berganda?

Ayuh Berinfaq kepada pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Surau Al-Mujahidin.

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

(Surah al-Baqarah: 184)

Golongan-golongan tersebut seperti golongan yang tidak mampu berpuasa kerana lanjut usia dan sakit kritikal yang tiada harapan untuk sembuh yang apabila menimbulkan kesukaran yang tidak mampu ditanggungnya apabila dia berpuasa.[1] Menurut pandangan yang kuat di sisi mazhab al-Syafie, golongan ini diwajibkan ke atas mereka untuk membayar fidyah sahaja satu mud bagi setiap hari yang ditinggalkannya tanpa perlu qada puasa tersebut.

Hal ini seperti yang disebutkan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli dalam kitabnya, Nihayatul Muhtaj bahawa:

 (وَالْأَظْهَرُ وُجُوبُ الْمُدِّ) عَنْ كُلِّ يَوْمٍ (عَلَى مَنْ) (أَفْطَرَ) مِنْ رَمَضَانَ (لِكِبَرٍ) كَأَنْ صَارَ شَيْخًا هَرَمًا لَا يُطِيقُ الصَّوْمَ فِي زَمَنِ الْأَزْمَانِ، وَإِلَّا لَزِمَهُ إيقَاعُهُ فِيمَا يُطِيقُهُ فِيهِ، وَمِثْلُهُ كُلُّ عَاجِزٍ عَنْ صَوْمٍ وَاجِبٍ سَوَاءٌ فِي رَمَضَانَ وَغَيْرِهِ لِزَمَانَةٍ أَوْ مَرَضٍ لَا يُرْجَى بُرْؤُهُ أَوْ مَشَقَّةٍ شَدِيدَةٍ تَلْحَقُهُ وَلَمْ يَتَكَلَّفْهُ.

Maksudnya: Pandangan yang kuat (dalam mazhab al-Syafie), wajib dikeluarkan fidyah satu mud bagi setiap hari bagi sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan kerana lanjut usia dengan menjadi orang tua yang tidak mampu untuk berpuasa pada bila-bila waktu pun. Jika dia mampu untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu, maka wajib ke atasnya untuk melakukan apa yang dia termampu pada ketika tersebut. Begitu juga seperti golongan yang tidak mampu untuk berpuasa wajib sama ada puasa Ramadan dan selainnya kerana sakit yang berkekalan dan tiada harapan untuk sembuh atau disebabkan kesukaran yang menimpanya yang tidak mampu untuk ditanggung. (Rujuk Nihayat al-Muhtaj, 3:193)

WaAllahu a’lam.

Rujukan

[1] (وَالْأَظْهَرُ وُجُوبُ الْمُدِّ) وَلَا قَضَاءَ عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِنْ رَمَضَانَ أَوْ نَذْرٍ أَوْ قَضَاءٍ أَوْ كَفَّارَةٍ (عَلَى مَنْ أَفْطَرَ لِلْكِبَرِ) أَوْ الْمَرَضِ الَّذِي لَا يُرْجَى بُرْؤُهُ بِأَنْ يَلْحَقَهُ بِالصَّوْمِ مَشَقَّةٌ شَدِيدَةٌ لَا تُطَاقُ عَادَةً.

تحفة المحتاج في شرح المنهاج،  المكتبة التجارية الكبرى، ج 3، ص 439.

Anda mahukan pahala yang berganda?

Ayuh Berinfaq kepada pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Surau Al-Mujahidin.

Kongsi artikel ini di: